Skip to main content

A UNTUK A-LINE SKIRT






Oleh sebab tahun 2016 bakal menjengah.. (tinggal esok je lagi ni), maka nya aku ambik keputusan untuk hantar 5 pasang kain untuk dihantar kat tailor utk buat baju kurung. Kedai tak jauh dari tempat kerja aku.

1 pasang kain dengan stail kurung moden dan 2 dengan stail kurung asli....lagi 2 kain tu buat untuk 2 baju stail kurung moden. Harga pulak RM 45 untuk kurung asli, RM 55 untuk kurung moden, kalau ada lining bagai kene tambah RM20....

Nak dijadikan cerita Huruf A ni sebab semua kain tu aku nak dibuat dalam bentuk A-Line... tak nak yang berlipat-lipat, berbelah-belah, dan ber"duyung-duyung"... (hehehe)

Sebabnya, simple je.. A-Line cut ni nampak kemas dan lebih cantik dan sesuai kot dengan bentuk badan yang gempal macam aku ni... katanyer... ada jugak yang berpendapat jenis potongan pensel tu lebih sesuai.... tapi aku lebih suka A-line jugak la..

Lagi satu, masa aku masuk kelas jahitan dulu , ( yang ni sebab mak aku yang hantar lepas habis belaja dulu....dok tanam anggur, ternak lemak tak berfaedah..hahaha) ini la perkara pertama yang Mdm aka cikgu aka sifu aku ajar... senang dan ringkas.... supaya mudah nak ambik konsep macam mana nak ukur badan, ukur kain, lukis pola, potong kain dan jahitan.

Kalau dibuat carian dalam encik google pun memang banyak pola yang boleh digunakan sebagai sampel untuk jahitan.

Skirt yang berbagai jenis pattern dan ikut stail baju jugak la nak buat macam mana. ada setengah orang akan ikut je kata tailor... ada setengah jugak memang nak ikut trend semasa... kalau aku pulak nak jenis yang selesa dan senang bergerak...

kalau ikut encik wikipedia pulak kan, definisi A-line skirt ni seperti di bawah:

An A-line skirt is a skirt that is fitted at the hips and gradually widens towards the hem, giving the impression of the shape of a capital letter A. The term is also used to describe dresses and coats with a similar shape. -Source by Wikipedia

Ciri-ciri A-Line skirt adalah macam huruf A tula... mengembang ke bawah... mempunyai lisu di depan dan belakang, . ada yang berzip, (macam aku nak getah je... sebab lambat laun zip slalu rosak kalau baju masuk mesin basuh..) dan ada bahagian macam tali pinggang atau waistband la senang cerita....

Dulu masa kat kampung gigih jugak la nak menjahit bagai ni. Tapi lepas dapat kerja, jadi anak perantauan, ilmu dah lama tak diamalkan... lagipun memang tak beli mesin jahit sendiri lagi.. Pakai yang mak punya kat kampung tu jugak la yang sedap. Yang jenis geduk-geduk guna kaki tu... hehe..

Boleh follow blog ni http://sewspoiled.blogspot.my/2012/08/a-line-skirt-tutorial-part-2.html untuk macam-macam jenis lagi la hal-hal jahitan.. join pinterest diorg pun okey jugak.. sekarang ada banyak pilihan... banyak sumber boleh jadi rujukan...

Jadi al-kisahnya, cita-cita untuk tahun hadapan adalah memiliki mesin jahit sendiri, potong baju sendiri, jahit baju sendiri... kalau dah dapat balik touch yang lama tu, boleh la ambik upah barang sehelai dua.. maklum lah kena ikhtiar jugak untuk tambah pendapatan sendiri.. tau-tau jelah harga barang sekarang..... kan...




Comments

Popular posts from this blog

E for Eidul Fitr.....

E for Eid .... aidilfitri senang crita...  Syawal Menjelma...Ramadhon menyusul meninggalkan kita. ..... Alhamdulillah..raya thn ni dapat balik kg... eh.. memang dah mula menetap balik kat sarawak ..hehehe.. syukur alhamdulillah... mujor Allah permudahkan... Raya 2016 ni ala kadar sederhana nan hado jugak.. baju pun last minit beli..tu pun mana yang sempat tengok..berkenan kat warna..bentuk semua... dan yang paling penting... berkenan kat harga diskaun yang adooo....  penting tu.... Almaklumlah sekarang tengah musim nak membajetkan sumber sumber kewangan sebab nak sedia untuk pindah rumah kelak... Jangan tanya bila sebab aku pun tak tau bila... aku yakin tahun depan je jawapan nya... insyallah... So berbalik dengan al kisah raya nan hado ni... Atas sebab tugasan di perbatasan ...En Hasben tak beraya sama tahun ni... sedey wooo... sebab ni first time kitaorg tak raya sama sejak lepas kawin.. Last year dua dua pakat tak balik sebab En Hasben bertugas jugak... cukupla...

G for GANTUNG

PENERBIT : FIXI , PENULIS; NADIA KHAN, TAJUK; GANTUNG & GANTUNG 2 GANTUNG  Bulan lepas masa tengah ronda-ronda dalam mall, kebetulan masa tu ada program sempena Sambutan Bulan  Bahasa Kebangsaan oleh DBP Sarawak di Plaza Merdeka.  Macam-macam penerbit dijemput untuk jadi peserta bukak Booth kat situ. Antara nya adelah FIXIE.. aku memang minat baca buku-buku Fixi ni...sebab Fixi membenarkan bahasa harian digunakan dalam penerbitannya. Aku nampak respons dari anak muda ...(ehem..tua sangat ke aku...?? hahah) amat menggalakkan.. Genre pilihan sangat meluas.... yang ni aku sangat suka jugak. sebab nya kau boleh percaya karya-karya yang diterbitkan FIxi ni memang tidak mengecewakan. Dari genre horor, ke kriminal, ke khayalan, ke cinta.... memang best.  Ni antara 2 novel yang aku beli masa dekat Booth Fixi masa tu..  Gantung & Gantung 2. ..  Dua-dua ni memang karya hot stuff / pemilik rating paling banyak pembeli dari FiXi......