Skip to main content

B UNTUK BOLLYWOOD

BOLLYWOOD.

2 Minggu aku tunggu filem ni main dekat KK ni.. tapi hampa sebab tak muncul-muncul lagi.. sampailah semalam ada member aku, Kazai dalam whatsapp mesej.. dah main kat Kuching dan KK... (sebab dia pun macam aku...tak sabar nak nonton di wayang... hahah...agaknya hari-hari dia skodeng online bila nak main kat wayang walaupun dia tengah busy dengan exam nya...)

Nak dijadikan cerita jugak, atas sebab kekecewaan aku ari tu on monday 28.12.2015 tu aku mesej dalam grup w.a sebab sedih sangat... dalam grup tu yang respons Nard..aku dah agak jugak sebab mesej aku berbau provokasi yang amat... hehehe... (sorry Nard... )

Dan lepas dapat mesej dari Kazai tu... dan-dan tu jugak aku bukak apps GSC dan beli tiket online.. ditambah lagi dengan pembakaran semangat oleh Pja... memang berbakul-bakul gejolak di jiwa tak sabar tunggu 31.12.2015 menjelma...

Hari ni lepas balik keje ...(ye aku keje last day tahun 2015)... aku pegi menyerbu ke GSC untuk menonton Filem yang menjadi bualan ramai iaitu DILWALE....

SOURCE FROM : http://www.infomovies.in/wp-content/uploads/2015/10/MjdrG.jpg
Setiap lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol memang jadi mode :wajib tonton.... Walaupun terlambat 15 minit untuk sampai ke GSC tu, tak peduli jugak mesti jugak nak tengok... dah la jammed yang amat, tapi syukur tak la susah sangat carik parking ... siap beli Kombo B lagi.. hahaha

Plot cerita aku bagi 4/5 .... menarik dan boleh menyebabkan akan repeat tengok movie ni lagi... (memang dah plan pun nak repeat walaupun tak tengok lagi...)

Lagu-lagu aku bagi 4/5 jugak... well...memang sedap arrangement dan lirik-liriknya haruslah romantis,puitis dan menarik...

Sinematografi 4/5 jugak lah... ada unsur-unsur CGI yang dah upgrade... bolehlah diterima bagi aku yang penonton kelompok golongan marhaen ni...

Flaws cerita memang tetap ada... hanya sebab lakonan pembantu lelaki Varun Dhawan dan wanita Kriti Sanon yang belum lagi masak kot.. yelah bergandingan dengan SRK dan Kajol .. big names in Bollywood memang bukan kerja senang.. watak diaorang boleh nampak kecik dan tak matang kalau pelakon baru ni. Namun begitu, effort nya aku bagi 5/5 bintang lah... usaha tangga kejayaan kan..

Untuk maklumat lanjut boleh tengok link ni https://en.wikipedia.org/wiki/Dilwale_(2015_film) .. tengok la betapa kencang nya penangan filem DILWALE ni sampaikan wikipedia petik/ quote :


Yang lucunya jugak, lepas habis cerita ... ramai dalam Cinema 3 tepuk tangan ..."tepuk..tepuk..tepuk" dan ramai jugak yang tunggu lagu last tu habis baru bangkit dari tempat duduk... sama la aku jugak... hahaha....

Pendek cerita, penutup kepada filem yang aku tonton di wayang tahun ini, memang the Best lah.... tahniah DILWALE....

Nak tau lebih lanjut.. sila tonton sendiri di pawagam yang berhampiran.... memang puas hati lah ye... jangan lupa bekal tisu tau......macam pesan Pja kat aku..... hehehehe



Comments

Popular posts from this blog

A UNTUK A-LINE SKIRT

Oleh sebab tahun 2016 bakal menjengah.. (tinggal esok je lagi ni), maka nya aku ambik keputusan untuk hantar 5 pasang kain untuk dihantar kat tailor utk buat baju kurung. Kedai tak jauh dari tempat kerja aku. 1 pasang kain dengan stail kurung moden dan 2 dengan stail kurung asli....lagi 2 kain tu buat untuk 2 baju stail kurung moden. Harga pulak RM 45 untuk kurung asli, RM 55 untuk kurung moden, kalau ada lining bagai kene tambah RM20.... Nak dijadikan cerita Huruf A ni sebab semua kain tu aku nak dibuat dalam bentuk A-Line ... tak nak yang berlipat-lipat, berbelah-belah, dan ber"duyung-duyung"... (hehehe) Sebabnya, simple je.. A-Line cut ni nampak kemas dan lebih cantik dan sesuai kot dengan bentuk badan yang gempal macam aku ni... katanyer... ada jugak yang berpendapat jenis potongan pensel tu lebih sesuai.... tapi aku lebih suka A-line jugak la.. Lagi satu, masa aku masuk kelas jahitan dulu , ( yang ni sebab mak aku yang hantar lepas habis belaja dulu

InSomnia kembali

27 Dec 2015 Bersawang weh blog aku... hahaha mungkin akibat kesibukan dunia atau jugak sebab aku tak pandai manage time aku yg buatkan blog aku bersawang... mungkin jugak sebab writers' block.... (laahhh saanggaatt). so for future reference... i try my best again to fill in something in my blog... for the time being... im still trying to get my normal sleep cycle again... its been almost 2 month im in this state.... insomnia... selagi jarum jam pendek tu tak cecah angka 2 pagi..selagi tu la mata tak ngantok... huhuhuhuhuhuhuhu.....

F for fleksibiliti

ASSALAMUALAIKUM... SALAM SEJAHTERA SEMUANYA.... "TOING...!! TOING..!!" Macam tu la lebih kurang bunyi spring kan kalau tengok imej spring ni... mesti terngiang-ngiang bunyi "toing..toing.." ni ha.. Welcome back... Lama sangat dah bersawang balik dah blog aku ni... setahun lebih kot menyepi dalam dunia blog... Bukannya apa pun,.. malas nak menaip... tak de idea... sibuk dengan kerja..... arghh.. alasan je banyak.. Sejak dua menjak lepas raya ari tu dok menggila baca blog orang lain. Faveret sekarang ni adelah baca blog FIKSYEN SHASHA....  ni haa aku bagi link...  http://fiksyenshasha.com/ Mana tau korang pulak yang terjebak macam aku lepas ni ha.. dok ralit baca macam-macam kisah ada...majoriti kisah seram la dalam tu.. ramai penulis tamu / guest writer yang berkongsi macam-macam kisah dalam blog ni.  Baca punya baca.. lepas satu tajuk ke satu tajuk... memang ralit baca weh.... dah tu kang malam-malam teringat-ingat pulak.. tak ke nyusahkan diri