Skip to main content

C FOR CSPOC


Tugas tahun baru yang agak besar di sandang untuk tahun 2016..
Seawal januari 5, sampai la ke januari 19 ada tugasan dengan CSPOC ... event utk negara-negara Commomwealth...

Syok jugak la sebab pengalaman baru... di tahun baru.... kenal kenal dengan kawan-kawan baru yang bertugas bersama...

Tugasannya...ermm nak kata senang pun tak jugak sebab kita jadi Liason Officer.. nak kena deal elok elok dengan tetamu negara...

1. Kene sambut tetamu dari airport dan pastikan beliau selamat sampai ke tempat-tempat event dan balik ke hotel tempat menginap dan selesa sehinggalah dia tutup pintu untuk berehat... sampailah ke tugasan untuk hantar beliau ke airport semula untuk berlepas balik

2. Kenala pastikan beliau sentiasa ikut jadual yang telah dirancang oleh penganjur sepanjang program... dan jugak... dress code untuk setiap acara...

3. Kene jugak pastikan segala nota nota, cenderahati.. setiap event beliau dapat dan secure untuk diserahkan kembali dekat beliau sendiri

4. kene jugak tau info-info terkini tempat event dilaksanakan... contoh berapa jumlah penduduk... majoriti kaum apa... agama apa... tempat-tempat menarik untuk dilawati... keadaan politik semasa.... dan lain lain lagi

5. kene pastikan beliau duduk ditempat yang disediakan ikut protokol kalau ade...

Pendek cerita...setiap langkah tu kene pastikan beliau dalam mood yang sentiasa bersedia untuk bertugas semasa majlis rasmi..serta beliau selesa untuk setiap pergerakkan..

Yelah.. macam kita jugakla.. kalau ada yang tak best..nanti mood tak elok... kesian nanti tak pasal pasal dia komplen pasal negara kita kan naya jugak tu nanti....

owh..by the way... rupanya post ni dalam box draf berkurun jgk la bersawang... hahaha.. sebab tu baru hari ni nak sambung al kisah nya...

Yang syoknya... dapat memenuhi keinginan beliau yang aku diarahkan dari masa ke masa
walopun bukan la 100% jugak sebab ada kita pun bertugas bagi pihak penganjur...

Tapi.. beliau amat gembira bila hari yang last..dah takde acara rasmi boleh bawak beliau dengan seorang officer dia melawat kat tempat tempat yang dia rasakan sangat cantik.... dan menarik... lepas tu siap tangkap gambar dengan gembiranya lagi...

Last sekali masa nak hantar masuk dalam flight beliau bagitau sangat sangat berterima kasih atas layanan negara kita..
tak kau rasa sangat gembira jugak... hehehe

πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡
#lesothoteamrox

Saja nak share kalau terlibat jadi Liason Officer macam ni kan:

1. Pastikan alarm sentiasa berbunyi pada waktunya.. sebab nanti kita nak sedia awal awal sebelum beliau bangun tidur lagi... breakfast siap siap barula strat keje... 🍲🍜🍞🍡

2.Sediakan power bank.. untuk nyawa bateri handphone.. sebab nanti mudah nak coordinate dengan penganjur ke.. pihak hotel ke...πŸ“‘πŸ“‘πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ”‹πŸ”‹πŸ”‹

3. Pastikan kita sentiasa cukup minum air... dan sentiasa pastikan ada air mineral ke.. drinking water ke dalam handbag kita dan dalam kenderaan untuk bawak beliau tu.. mana tau beliau haus kan.. senang mudah hulur je dari dalam handbag... 🍼🍡

4. Pastikan ada cokelat bar atau apa apa makanan yang mudah untuk top up tenaga kita sendiri... mana la tau terlepas waktu makan yang disediakan at least ada la bekalan tenaga alternatif kita pulak🍭🍩πŸͺ🍬🍫

5. Pastikan confirm betul betul dengan pihak penganjur setiap tempat...setiap dress code..dan tempat duduk beliau tersebut.. eh.. dress code kita pun nak kene tau jugak.. paling paling 3 hari sebelum beliau jejak kaki di tempat event...  mana la tau ada perubahan ..senang nak carik alternatif... paling senang beli ke...πŸ‘•πŸ‘–πŸ‘—πŸ‘ πŸ‘˜πŸ‘‘πŸ‘’πŸ‘žπŸ‘Ÿ

6.Pastikan apa apa alergi yang beliau ada dan please maklumkan penganjur supaya diorg bersedia dengan sebarang kemungkinan esp makananπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

7. Kalau boleh contact pejabat kedutaan beliau yang ada dekat malaysia lagi bagus... senang nak dapatkan info... πŸ‘­πŸ‘¬πŸ‘«

8. Kalau dah ada info info yang kita tau jangan lokek nak share dengan kawan kawanπŸ˜†

9. Layan dengan penuh kesabaran dan senyuman.. kan meraikan tetamu itu amatlah digalakkan dalam agama kita... budaya orang malaysia lagi lah kan.. sentiasa penuh keramahan dan kemesraan.. tapi jangan terlebih suda... 😁

10. Kalau tak pasti tentang sesuatu sila rujuk dengan penganjur elok elok... kalau penganjur bagi green light untuk kita decide mana yang terbaik... kene fikirkan options yang terbaik dengan pantas...

✈✈✈itulah apa adanya serba sedikit tips yang nak di share...  kalau nak share pasal pengalaman... nanti jadi novel pulak.. tak gitu...
πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡



Comments

Popular posts from this blog

A UNTUK A-LINE SKIRT

Oleh sebab tahun 2016 bakal menjengah.. (tinggal esok je lagi ni), maka nya aku ambik keputusan untuk hantar 5 pasang kain untuk dihantar kat tailor utk buat baju kurung. Kedai tak jauh dari tempat kerja aku. 1 pasang kain dengan stail kurung moden dan 2 dengan stail kurung asli....lagi 2 kain tu buat untuk 2 baju stail kurung moden. Harga pulak RM 45 untuk kurung asli, RM 55 untuk kurung moden, kalau ada lining bagai kene tambah RM20.... Nak dijadikan cerita Huruf A ni sebab semua kain tu aku nak dibuat dalam bentuk A-Line ... tak nak yang berlipat-lipat, berbelah-belah, dan ber"duyung-duyung"... (hehehe) Sebabnya, simple je.. A-Line cut ni nampak kemas dan lebih cantik dan sesuai kot dengan bentuk badan yang gempal macam aku ni... katanyer... ada jugak yang berpendapat jenis potongan pensel tu lebih sesuai.... tapi aku lebih suka A-line jugak la.. Lagi satu, masa aku masuk kelas jahitan dulu , ( yang ni sebab mak aku yang hantar lepas habis belaja dulu...

E for Eidul Fitr.....

E for Eid .... aidilfitri senang crita...  Syawal Menjelma...Ramadhon menyusul meninggalkan kita. ..... Alhamdulillah..raya thn ni dapat balik kg... eh.. memang dah mula menetap balik kat sarawak ..hehehe.. syukur alhamdulillah... mujor Allah permudahkan... Raya 2016 ni ala kadar sederhana nan hado jugak.. baju pun last minit beli..tu pun mana yang sempat tengok..berkenan kat warna..bentuk semua... dan yang paling penting... berkenan kat harga diskaun yang adooo....  penting tu.... Almaklumlah sekarang tengah musim nak membajetkan sumber sumber kewangan sebab nak sedia untuk pindah rumah kelak... Jangan tanya bila sebab aku pun tak tau bila... aku yakin tahun depan je jawapan nya... insyallah... So berbalik dengan al kisah raya nan hado ni... Atas sebab tugasan di perbatasan ...En Hasben tak beraya sama tahun ni... sedey wooo... sebab ni first time kitaorg tak raya sama sejak lepas kawin.. Last year dua dua pakat tak balik sebab En Hasben bertugas jugak... cukupla...

G for GANTUNG

PENERBIT : FIXI , PENULIS; NADIA KHAN, TAJUK; GANTUNG & GANTUNG 2 GANTUNG  Bulan lepas masa tengah ronda-ronda dalam mall, kebetulan masa tu ada program sempena Sambutan Bulan  Bahasa Kebangsaan oleh DBP Sarawak di Plaza Merdeka.  Macam-macam penerbit dijemput untuk jadi peserta bukak Booth kat situ. Antara nya adelah FIXIE.. aku memang minat baca buku-buku Fixi ni...sebab Fixi membenarkan bahasa harian digunakan dalam penerbitannya. Aku nampak respons dari anak muda ...(ehem..tua sangat ke aku...?? hahah) amat menggalakkan.. Genre pilihan sangat meluas.... yang ni aku sangat suka jugak. sebab nya kau boleh percaya karya-karya yang diterbitkan FIxi ni memang tidak mengecewakan. Dari genre horor, ke kriminal, ke khayalan, ke cinta.... memang best.  Ni antara 2 novel yang aku beli masa dekat Booth Fixi masa tu..  Gantung & Gantung 2. ..  Dua-dua ni memang karya hot stuff / pemilik rating paling banyak pembeli dari FiXi......