Skip to main content

P UNTUK PESANAN

By:Miracle sidrah protection
(copy paste)Dipetik dan share dari profile FB : Abhalim Ibrahim Al-ganu D'Iman
"Berhati-hati di usia 35 tahun - 40 tahun"
Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²
Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya…?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Mari kita dekatkan diri dgn Allah, rajin2 Solat Jemaah, tunaikan Zakat, Haji, Umrah, puasa dan sebagainya. Tunaikan yg Wajib dahulu, dan tingalkan larangan insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

A UNTUK A-LINE SKIRT

Oleh sebab tahun 2016 bakal menjengah.. (tinggal esok je lagi ni), maka nya aku ambik keputusan untuk hantar 5 pasang kain untuk dihantar kat tailor utk buat baju kurung. Kedai tak jauh dari tempat kerja aku. 1 pasang kain dengan stail kurung moden dan 2 dengan stail kurung asli....lagi 2 kain tu buat untuk 2 baju stail kurung moden. Harga pulak RM 45 untuk kurung asli, RM 55 untuk kurung moden, kalau ada lining bagai kene tambah RM20.... Nak dijadikan cerita Huruf A ni sebab semua kain tu aku nak dibuat dalam bentuk A-Line ... tak nak yang berlipat-lipat, berbelah-belah, dan ber"duyung-duyung"... (hehehe) Sebabnya, simple je.. A-Line cut ni nampak kemas dan lebih cantik dan sesuai kot dengan bentuk badan yang gempal macam aku ni... katanyer... ada jugak yang berpendapat jenis potongan pensel tu lebih sesuai.... tapi aku lebih suka A-line jugak la.. Lagi satu, masa aku masuk kelas jahitan dulu , ( yang ni sebab mak aku yang hantar lepas habis belaja dulu...

E for Eidul Fitr.....

E for Eid .... aidilfitri senang crita...  Syawal Menjelma...Ramadhon menyusul meninggalkan kita. ..... Alhamdulillah..raya thn ni dapat balik kg... eh.. memang dah mula menetap balik kat sarawak ..hehehe.. syukur alhamdulillah... mujor Allah permudahkan... Raya 2016 ni ala kadar sederhana nan hado jugak.. baju pun last minit beli..tu pun mana yang sempat tengok..berkenan kat warna..bentuk semua... dan yang paling penting... berkenan kat harga diskaun yang adooo....  penting tu.... Almaklumlah sekarang tengah musim nak membajetkan sumber sumber kewangan sebab nak sedia untuk pindah rumah kelak... Jangan tanya bila sebab aku pun tak tau bila... aku yakin tahun depan je jawapan nya... insyallah... So berbalik dengan al kisah raya nan hado ni... Atas sebab tugasan di perbatasan ...En Hasben tak beraya sama tahun ni... sedey wooo... sebab ni first time kitaorg tak raya sama sejak lepas kawin.. Last year dua dua pakat tak balik sebab En Hasben bertugas jugak... cukupla...

G for GANTUNG

PENERBIT : FIXI , PENULIS; NADIA KHAN, TAJUK; GANTUNG & GANTUNG 2 GANTUNG  Bulan lepas masa tengah ronda-ronda dalam mall, kebetulan masa tu ada program sempena Sambutan Bulan  Bahasa Kebangsaan oleh DBP Sarawak di Plaza Merdeka.  Macam-macam penerbit dijemput untuk jadi peserta bukak Booth kat situ. Antara nya adelah FIXIE.. aku memang minat baca buku-buku Fixi ni...sebab Fixi membenarkan bahasa harian digunakan dalam penerbitannya. Aku nampak respons dari anak muda ...(ehem..tua sangat ke aku...?? hahah) amat menggalakkan.. Genre pilihan sangat meluas.... yang ni aku sangat suka jugak. sebab nya kau boleh percaya karya-karya yang diterbitkan FIxi ni memang tidak mengecewakan. Dari genre horor, ke kriminal, ke khayalan, ke cinta.... memang best.  Ni antara 2 novel yang aku beli masa dekat Booth Fixi masa tu..  Gantung & Gantung 2. ..  Dua-dua ni memang karya hot stuff / pemilik rating paling banyak pembeli dari FiXi......